Noelle Joy Klinker dilahirkan pada jam 12.12 bertarikh 12.12.12. Merupakan hari dan masa yang sangat unik dan sangat bertuah. Bayi bertuah ini mungkin adalah catatan yang terakhir yang dilahirkan pada angka yang sama. Oleh kerana pada tahun 2013 dan tahun-tahun selepas ini, sudah tiada lagi tarikh yang sama hebat seperti ini sebabnya bulan 13 tidak wujud dalam kalendar dan yang terakhir hanya bulan 12.
Tarikh keramat ini sudah pastinya menjadi rebutan dan idaman para ibu-ibu. Apa lagi jika waktu jam juga sama 12.12, sangat menakjubkan. Noelle Joy Klinker seberat 4.1 kg dan 55 cm tinggi, dilahirkan di Hospital Besar Massachusetts kelmarin. Bapa kepada bayi ini, Joe Klinker bekerja sebagai pegawai pasukan Pengawal Pantai Amerika Syarikat menganggap kelahiran Noelle adalah rahmat untuk keluarganya.
Colleen Klinker, ibu kepada bayi bertuah ini sudah pasti sangat gembira dengan kelahiran bayinya dengan selamat kerana mereka suami isteri pernah kehilangan seorang bayi yang meninggal dunia semasa dilahirkan oktober tahun lalu.
sumber:forblogger










0 comments:
Post a Comment