Saturday, December 08, 2012

Gambar Lawak Krismas Sempena Krismas 2012 - 29 Gambar

 Krismas hampir tiba, mesti ramai yang sudah mula membuat persiapan untuk sambutan perayaan Krismas yang ditunggu-tunggu. Tarikh Krismas tahun ini agak cantik iaitu 25/12/12. Negara Malaysia yang berbilang kaum masing-masing mempunyai perayaan tersendiri yang diwarisi sejak dulu lagi. Walaupun perayaan Krismas ini hanya disambut oleh mereka yang bukan muslim, tetapi kehadiran mereka yang muslim akan memeriahkan lagi suasana disamping mengeratkan lagi perpaduan.

Sebenarnya Krismas di Malaysia lebih meriah kerana kaum dan bangsa lain juga sama-sama turut memeriahkan perayaan ini. Saya bangga menjadi anak malaysia, anak yang dilahirkan dalam negara malaysia yang merupakan anak jati Tanah Melayu kerana di Malaysia masyarakat berbilang kaum tidak seperti sesetengah negara lain yang mana rakyatnya masing-masing dengan cara sendiri dan tidak begitu akrab walaupun terdapat kaum-kaum yang lainnya.

Masyarakat berbilang kaum di Malaysia sangat berbeza, mereka yang berlainan agama, Melayu, Cina, India dan pelbagai kaum pedalaman yang lain masing-masing seperti saudara walaupun mengamalkan agama dan perayaan yang berlainan. Krismas yang biasa disambut oleh pengganut Kristian, tetapi di Malaysia semua kaum bekerjasama untuk menjayakan sambutan perayaan Krismas dengan gembira sekali.

Sempena perayaan Krismas yang hampir tiba, kami ada beberapa gambar lawak krismas yang diambil secara rawak.



























via

BUTANG SHARE
Tekan LIKE Jika Anda Terhibur di BUKUSEMASA.COM

0 comments: