Wednesday, December 19, 2012

Jika Benar Ramalan Kiamat 21.12.12, Hanya Seorang Warga Kanada Akan Selamat


Satu ramalan ada mengatakan pada 21 Disember 2012, dunia akan mengalami kehancuran dan kiamat. Jika benar perkara ini, sampai masanya kita menghitung hari sebelum tibanya hari tersebut.

Tibanya hari kiamat nanti beberapa hari sahaja lagi, semua orang tidak dapat mengelak melainkan seorang sahaja warga kanada yang selamat, menurut Metro News Canada. Orang yang dimaksudkan itu adalah Chris Hadfield.

Chris Hadfield dikatakan akan selamat dari bencana hari kiamat iaitu tarikh yang dimaksudkan itu. Hal ini kerana pada masa itu Chris Hadfield sedang berada di ruang angkasa. Dia merupakan seorang angkasawan yang dijangka akan sampai ke Ruang Angkasa Internasional Rusia pada 21 Disember 2012 bersamaan dengan tarikh yang diramal akan berlakunya Hari Kiamat.

Pada masa yang sama, Chris Hadfield sendiri tidak mempercayai ramalan hari kiamat itu dan menganggap itu hanyalah cakap kosong yang boleh dijadikan bahan lawak.

Sebagai orang islam yang beriman, kita seharusnya mengetahui bahawa tiada sesiapa yang tahu bila tarikh sebenar berlakunya Hari Kiamat melainkan Yang Maha Kuasa, Allah SWT.
sumber:wartadue

BUTANG SHARE
Tekan LIKE Jika Anda Terhibur di BUKUSEMASA.COM

0 comments: