Sunday, December 23, 2012

Murid Tahun 5 Maut Dibaham Buaya Sungai Suai


 Berita terbaru diterima, seorang murid tahun lima maut dibaham buaya di Sungai Suai, Miri. Mangsa, Jerry Apat Angsa berusia 11 tahun bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Iran Suai maut diserang seekor buaya selepas turun untuk mandi di Sungai Suai pagi semalam.

JERRY berasal dari Rumah Panjang, Sulang Suai bersama 2 rakannya turun kesungai untuk mandi, namun niat mereka tidak kesampaian, akhirnya di baham seekor buaya sepanjang kira-kira empat meter.  Buaya itu membaham paha kiri Jerry dan mengheretnya ke tengah sungai.

“Rakannya yang tergamam melihat badan mangsa dilambung dan ditarik buaya ke tengah sungai terus menyelamatkan diri dan berlari pulang ke kampung untuk memaklumkan kejadian kepada keluarga Jerry.
“Selepas menerima berita itu, bapa mangsa, Angsa Ludang, 45, bersama penduduk kampung bergegas ke lokasi kejadian namun kelibat buaya ganas tersebut sudah tidak kelihatan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Anggota bomba bersama beberapa orang penduduk kampung berusaha mencari buaya yang membaham Jerry.
Sumber:kosmo

BUTANG SHARE
Tekan LIKE Jika Anda Terhibur di BUKUSEMASA.COM

0 comments: