Thursday, December 20, 2012

Penjara Paling Bebas di Dunia - Pelik Tapi Benar

 
Apabila sebut sahaja perkataan penjara , sudah pasti kita dapat membayangkan sebuah kurungan tirai besi yang dijaga pengawal dengan ketat. Penjara ibarat neraka dunia yang boleh menghancurkan kehidupan.

Inilah Penjara Paling Bebas di Dunia


Tetapi lain pula cerita di San Pedro, yang merupakan penjara terbesar terletak di La Paz, Bolivia. San Pedro mempunyai tahanan seramai 1500 didalamnya. Apa yang peliknya, kehidupan di penjara San Pedro seperti kehidupan normal di luar penjara dan sangat berbeza sekali jika dibandingkan dengan penjara di negara-negara lain.

Di San Pedro, tahanan boleh hidup dan tinggal bersama isteri dan anak-anak dalam sebuah rumah. Penjara ini terdapatnya pasaraya, hotel, salon rambut, restoran dan seolah-olah bukan sebuah penjara. Tetapi mereka perlu membayar sewa untuk tempat tinggal.



Saya sendiri tidak mengerti apakah maksud sebenar penjara pada pandangan masyarakat di sana. Adakah suatu destinasi ataupun tempat rekreasi. Kalau di negara kita, penjara dibina untuk pesalah yang melakukan jenayah dan dihukum setimpal dengan kesalahan yang dilakukan supaya mereka sedar akan kesilapan lalu. Tetapi sebaliknya yang berlaku di penjara San Pedro. San Pedro adalah penjara paling bebas di dunia.

sumber:didunia
BUTANG SHARE
Tekan LIKE Jika Anda Terhibur di BUKUSEMASA.COM

4 comments:

TechKini.com on 20 December, 2012 said...

Beberapa konsepnya mungkin boleh digunapakai. Contohnya, banduan perlu bekerja bagi menampung kos hidup berbanding kerajaan menggunakan duit cukai rakyat bagi menampung banduan.

-> TechKini.com

Hafizul on 23 December, 2012 said...

Emm kalau kat Malaysia macam ni tak tau la nk kata apa.haha

Double Finger on 30 December, 2012 said...

banduan VIP kot nih... hahah

Anonymous said...

kalau di ikutkan penjara ne utk org yg bersalah.tak pernah ada penjara yg bebas mcm ne.