Saturday, December 08, 2012

Shila Amzah Bersaing Dengan Adele, Taylor Swift, Selena Gomez Dalam World Music Awards 2012

Juara Asian Wave Shila Amzah yang sangat terkenal dengan lagu ciptaannya Patah Seribu kini melangkah dalam World Music Awards. Shila Amzah kini dikatakan perlu bersaing dengan nama-nama besar seperti Adele, Taylor Swift, Selena Gomez Di World Music Awards 2012 yang sudah masuk ke edisi ke 23 minggu yang bakal dilangsungkan di Miami, Florida.

Apa yang membanggakan disini, Shila Amzah tersenarai sebagai calon utama World’s Best Female Artist yang menandingi 40 artis terkenal lain. Majlis anugerah ini mengiktiraf artis terkenal dengan rekod jualan album lagu diseluruh dunia. Selain itu, laman untuk mengundi artis-artis terbabit akan dibuka tetapi masih belum berfungsi buat masa sekarang, menurut sumber wikipedia.

Tahniah diucapkan kepada Shila Amzah kerana layak dan tersenarai dalam World Music Awards 2012 yang diperkatakan ini. Kehebatan Shila bukan sahaja dinilai sekitar asian sahaja tetapi juga dikenali dengan luas sekali. Shila yang kini tampil dengan bertudung ini kelihatan lebih manis dan ayu. Apa pun kami mendoakan kejayaan Shila walupun dimana sahaja anda bertapak.

Shila Amzah semakin menyerlah bukan sahaja di Malaysia tetapi juga diserata dunia, jadi Pernahkan ada yang terfikir, tidakkah ada terselit secebis rasa cemburu dikalangan artis-artis malaysia lain yang seiringan mencipta nama bersama Shila, tetapi tidak begitu  menyerlah berbanding Shila Amzah. Mungkin ini adalah rezeki gadis semuda Shila melonjak ke menara lebih awal berbanding yang lain. Apapun, tidak dapat kita nafikan lagi kehebatan juara Asian Wave yang terbukti kesahihannya.
sumber rotikaya
BUTANG SHARE
Tekan LIKE Jika Anda Terhibur di BUKUSEMASA.COM

0 comments: