Penyanyi terkenal yang kini meningkat naik, Suki OIAM dikatakan akan segera menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi iaitu pada 12 Disember ini. Suki atau nama sebenar Low Sook Yee berumur 22 tahun akan berkahwin dengan jejaka pilihannya Jeremy.
Perkahwinan didalam taman dan diatas sebuah kapal Star Cruise merupakan konsep dan tema yang dipilih. Lelaki yang bernama Jeremy merupakan jejaka idamannya dan menyukai ciri-ciri Jeremy serta mereka saling mempercayai antara satu sama lain.
Kata Suki, Jeremy seorang lelaki yang sangat baik dan tidak pernah mengongkong beliau. Suki juga selalu ditemani Jeremy semasa berulang-alik dari Taiwan dan Hong Kong sebelum ini. Katanya lagi, Jejaka idamannya itu sangat memahami kerjayanya sebagai seorang penyanyi malah Jeremy juga seorang pendengar yang setia dan mereka saling mempercayai.
Suki juga dikatakan tidak memikirkan lagi soal anak, dan mungkin 2,3 tahun akan datang kerana mereka ingin tumpukan kepada kestabilan kewangan untuk menjamin masa depan yang cerah dimasa akan datang.
sumber:ohbulan










0 comments:
Post a Comment