Walau bagaimanapun, kata Umi Aida, mungkin 60 peratus dari jawapan suaminya tidak akan mengizinkan untuk dia kesana. Dia harus patuh pada kehendak suaminya walaupun tujuannya untuk ke Gaza adalah tujuan membuat amal dan bukannya untuk suka-suka disana. Harapan yang terlalu tinggi Umie Aida untuk ke Gaza bersama-sama Yayasan Keamanan Global Pendamaian yang merupakan sebuah Yayasan yang telah ditubuhkan oleh bekas perdana menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad diharap dapat mencipta pengalaman dan dapat pula dikongsi pengalamannya apabila pulang nanti.
Umie Aida pernah berada di sempadan Afghanistan suatu masa dulu selama seminggu untuk pergambaran, dan pelakon terkenal itu, debarannya masih belum hilang hingga sekarang. Walaupun hasrat Umie Aida masih tiada kepastian, namun dia berasa sangat gembira kerana daripada hasil jualan tiket salah satu malam Tribute Tun Siti Hasmah beserta dengan sumbangan daripada orang ramai yang hadir di pementasan teater ini. Wang tersebut akan disalurkan kepada PGPF khas untuk membantu kesengsaraan umat islam di Palestin.
credit:murai










0 comments:
Post a Comment