Wednesday, October 31, 2012

86 Buah Rumah Dilanda Ribut Di Taman Ayer keroh Heights Melaka

 sumber Gambar hiasan

Di Melaka, ribut yang melanda Taman Ayer Keroh Heights menyebabkan kira-kira 86 buah rumah mengalami kerosakan. Lokman yang merupakan Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka mengatakan bergegas kelokasi kejadian dengan sebuah jentera setelah menerima panggilan pada kira-kira 2.59 petang bersama 16 orang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat cawangan Ayer Keroh.

Akibat angin yang kuat sebelum datangnya hujan menyebabkan kesemua rumah alami kerosakan pada bumbung dan cermin nako sebelum tibanya pasukan bomba 9 minit kemudian. Walaupun begitu, mujur tida sebarang kecederaan yang dilaporkan sehingga ribut reda.

Kata salah seorang daripada mangsa kejadian, hujan pada masa itu belum lagi lebat tetapi angin yang kencang menyebabkan 13 keping atas rumahnya tercabut.
 sumber

Tuesday, October 30, 2012

Guru Wanita Melakukan Hubungan Seks Dengan Pelajar 15 Tahun

  sumber : foto hiasan
Berita terbaru, seorang guru yang sepatutnya memberi didikan dan ajaran yang baik kepada pelajar-pelajar tetapi lain pula seorang guru wanita di Singapura ini yang kantoi melakukan hubungan seks dengan seorang pelajar berusia 15 tahun. Ekoran daripada itu, guru terbabit menghadapi hukuman penjara setahun atas kesalahan yang dilakukan.

Agak mengecewakan, mereka tanpa segan melakukan hubungan seks disekolah. Guru wanita itu dikatakan sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak dan dia mula menjalinkan hubungan dengan pelajar itu pada tahun lalu. Hubungan mereka bermula ketika sesi kaunseling dilakukan oleh guru wanita tersebut kepada pelajar itu.

Pihak mahkamah mendapat tahu guru wanita itu mula memikat pelajar tersebut dengan memberi beberapa hadiah, dan salah satu hadiahnya adalah sebuah buku yang berjudul Eat, Pray, Love. Sebuah buku yang mengisahkan tentang seorang janda di Amerika Syarikat.

Setelah siasatan diambil, mereka mendakwa telah menjalinkan hubungan lebih sebulan yang lalu. Mereka juga pernah melalukan hubungan seks sebelum ini di rumah guru wanita itu sendiri. Setelah hubungan mereka diketahui ibubapa pelajar tersebut,lalu ibubapa pelajar lelaki itu melaporkan perkara ini kepada pihak sekolah.
sumber

Monday, October 29, 2012

Yuna Dirompak di Amerika Syarikat


Yuna adalah seorang penyanyi dan pencipta lagu merupakan artis youtube yang semakin popular, dan kini Yuna cuba mengembangkan sayap untuk mencipta nama di Amerika Syarikat.

Tetapi baru-baru ini dikejutkan dengan rompakan keatas Yuna dan ahli muziknya.
Pada beberapa jam yan lalu, Yunalis Zarai atau Yuna telah kongsi perbualan bersama ibunya berkenaan tragedi dimana dia dirompak bersama band muziknya dalam masa konsert jelajah di Seattle, Amerika Syarikat.

Kata Yuna, peralatan muzik diletakkan didalam van kesemuanya yang mereka gunakan untuk siri jelajah telah dilarikan perompak. Mujurlah Yuna tiada ditempat kejadian semasa rompaka itu berlaku.

Harga anggaran kerugian semua peralatan muziknya tidak diberitahu, tetapi mengikut apa yang kita tahu kesemua peralatan muzik artis sudah tentu mahal tambahan lagi, bukan satu tapi kesemua alat muzik Yuna dilarikan perompak.
sumber

Gambar Panas Nabila Huda Di Parti Halloween


Parti Halloween 2012 di Malaysia turut disertai artis wanita Nabila Huda yang kini hangat dengan gosip cintanya dengan pelakon popular kita Johan Asari.

Gambar-gambar panas Nabila Huda di Parti Halloween ini telah dikongsi oleh peminat-peminat Nabila melalui akaun Instagram.

Difahamkan, mengikut artikel penulisan rotikaya.com, "Jika mengikut deskripsi yang di’sertakan bersama gambar ini, lelaki di’sebelah kanan gambar merupakan bekas kekasih Marsha Milan Londoh."

Juga ada gambar lain yang kelihatan bersama Nabila Huda adalah isteri Adlin Aman Ramli, iaitu Emelda Rosmila.

                                 Antara Gambar Panas Nabila Huda Di Parti Halloween




Sumber

Seorang Budak Ditanduk Lembu Korban


Seekor lembu jantan untuk dijadikan korban sempena menyambut Hari Raya Aidiladha di Karachi Pakistan menanduk budak sehingga cedera..

Lembu korban itu terlepas dari ikatan lalu mengejar kanak-kanak tersebut menyebabkan budak ini cedera ringan. Pemilik lembu itu, Abdul Quddoos berkata lembu yang terlepas itu lari tetapi berjaya ditangkap semula 2jam selepas itu.

Dibandar Peshawar tiga orang yang cedera termasuk budak lelaki yang berumur 12 tahun.
Kata salah seorang anggota polis, Abdul Waheed berkata, sebelum lembu itu ditangkap sejam kemudian, berpuluh-puluh orang bertungkus-lumus mengejar lembu korban itu.

Berita di Gaza pula, seorang lelaki Palestin meninggal dunia selepas dipijak seekor lembu korban yang terlepas di Rafah, Genting Gaza.

Kata seorang pegawai kesihatan, Ashraf al-Kidra, lebih kurang 150 orang dirawat di hospital di wilayah Palestin kerana cedera akibat terkena pisau dan ditanduk gara-gara lembu korban yang terlepas di lokasi-lokasi penyembelihan dalam sambutan Aidiladha.
sumber

Harga Promosi Penerbangan MAS Dapat Sambutan Menggalakkan


Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) membuat promosi 40 Years of Amazing Journeys Together, bermula 22 Oktober. Promosi penerbangan MAS yang dilakukan ini mendapat sambutan menggalakkan dengan laluan Semenanjung Malaysia-Malaysia Timur muncul sebagai perjalanan domestik paling diminati.

Difahamkan MAS memaklumkan perjalanan domestik direbut pelanggan sebanyak 72% tempahan perjalanan antara Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu, Kuching, Miri, Sandakan, Tawau, Bintulu dan Sibu. Lagi 27 peratus tempahan untuk tiket antarabangsa bagi perjalanan pergi balik ke Beijing dan Shanghai (bermula RM1,279 bagi kelas ekonomi) dan juga Hong Kong dan Taipei untuk permulaan harga tambang masing-masing RM879 dan RM1,159.

Difahamkan syarikat penerbangan MAS mengatakan "Bangkok, dengan bayaran permulaan tambang ekonomi pergi balik RM519, merupakan destinasi kegemaran di Asean yang bergerak sekerap lima kali sehari berkuatkuasa yang berkuatkuasa hari ini.

Destinasi Eropah seperti Paris dan London dikatakan kekal dengan destinasi yang paling digemari dan dengan bayaran tambang kelas ekonomi inklusif penuh bermula dari RM3,409 dan RM2,889. Promosi MAS kali ini sangat berbaloi dan kepada mereka yang ingin melancong atau kemana-mana, jangan lepaskan peluang ini.
sumber

Sunday, October 28, 2012

Model Republik Czech Kekasih Lana

Pelakon seksi Lana Nordin tidak kurang hebatnya setelah terbukti mempunyai kekasih mat saleh yang merupakan seorang model Republik Czech.


Walaupun kemunculan Lana Nordin di dalam kaca televisyen atau didalam filem-filem tidak begitu menyerlah, namun gadis cantik ini dalam diam sedang dilamun cinta dengan seorang model antarabangsa Pavel Michalec berumur 23 tahun yang kini sedang berkhidmatdi  sebuah agensi di Bangkok, Thailand.

 Difahamkan pengakuan ini bukan keluar dari mulut Lana Nordin tetapi, model ini sendiri dengan jelas meletakkan status 'In Relationship' dengan Lana dalam laman sosial facebook miliknya.
sumber

Pelumba Moto3 Zulfahmi tarik diri pada lap ke-19

Pelumba Moto3 Zulfahmi tarik diri pada lap ke-19 pada pelumbaan MotoGP Grand Prix Australia 2012 setelah masalah enjin pada lap ke-19 di Litar Philip Island.


Pelumba pasukan AirAsia SIC Ajo telah berjaya duduki tempat kedua di MotoGP Grand Prix Malaysia baru-baru ini memulakan saingan di petak kelima dan mendahului perlumbaan melebihi enam pusingan. Setelah masuk ke pusingan ketujuh, enjin jentera Zulfahmi mula bermasalah lalu berjaya dipintas oleh juara dunia baru iaitu pelumba dari Jerman, Sandro Contese.

Setelah kedudukannya mula merosot dan berada di kedudukan ke 10 apabila memasuki pusingan ke 23.
Dengan usaha keras, pelumba berusia 21 tahun itu cuba memperbaiki kedudukan di tempat ke 9 selepas Maverick Vinales daripada pasukan Blusens Avintia terbabas di lap-15. Bagaimanapun Zulfahmi membuat keputusan menarik diri semasa perlumbaan berbaki 4 lap sahaja lagi.

Ekoran daripada itu,Cortese berjaya memenangi perlumbaan itu dengan masa 38 minit 20.014 saat manakala pelumba dari Portugal Miguel Oliveira of Portugal daripada pasukan Suter Honda mendapat tempat ke 2 dengan masa catatan 38:22.122s.
sumber

Jawatan Kosong Kerajaan 2012 Terkini Dan Swasta



Kepada mereka yang masih menganggur atau belum dapat kerja, bolehlah cuba memohon jawatan kosong kerajaan 2012 terkini dan swasta di laman web ini : http://careeron9.blogspot.com/. Disini saya mendapati, banyak jawatan-jawatan kosong kerajaan 2012 yang terkini dan juga jawatan kosong untuk swasta.

Memandangkan kini ramai mereka yang lepasan ipt sukar untuk mendapatkan kerja dalam bidang yang telah mereka. Jawatan kosong kerajaan dan swasta mungkin ada dibuka tetapi masih sukar kerana makin ramai graduan yang dikuarkan banyak IPT di seluruh malaysia. Pada situasi sekarang, tiada lagi masa untuk memilih kerjaya yang diminati, tetapi rebutlah peluang jawatan kosong yang ada sementara mendapat jawatan lain yang lebih sesuai.

Kini banyak blog dan laman web yang boleh membantu kita untuk mengetahui jawatan-jawatan kosong kerajaan dan swasta terkini. Antara laman-laman yang menyiarkan jawatan kosong terkini seperti http://www.ohjob.info , http://www.jobs1malaysia.info/ , http://www.informasikerjaya.com/ dan banyak lagi laman-laman web yang memberikan perkembangan semasa jawatan kosong di malaysia.

Lirik Lagu Teman Pengganti Black ft Malique


Lirik Lagu Teman Pengganti Black ft Malique

 Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Ulang #*#*

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Movie Trailer TED

Jom tonton Movie Trailer TED 


Merupakan movie comedy dibawah pengarahnya Seth MacFarlane mempersembahkan sebuah filem lakonan Mark Wahlberg, Mila Kunis, Joel McHale, Giovanni Ribisi, Seth MacFarlane.

Trailer Movie TED


Lagu Begini Caranya Shaheizy Sam Dan Yana Samsudin


Mesti ramai yang meminati artis popular yang menyanyikan lagu ini. Bukan sahaja bakatnya terserlah dalam lakonan tetapi juga mampu menarik peminat dalam nyanyian. Lagu yang bertajuk Begini Caranya yang dinyanyikan Shaheizy Sam dan Yana samsudin didalam Filem Aku Ada, Kau Ada , kini semakin mendapat perhatian dan selalu dimainkan di radio tempatan seperti erafm dan lain-lain lagi.

Untuk sesiapa yang ingin muat turun lagu Begini Caranya mp3 , bolehlah download sahaja melalui 4share. Tetapi bagi sesiapa yang ingin dapatkan klip video lagu Begini Caranya , boleh dapatkan sahaja melalui youtube.


Klip Video Begini Caranya Shaheizy Sam dan Yana Samsudin OST Aku Ada, Kau Ada


Saturday, October 27, 2012

Guru Tadika China Dipecat Kerana Dera Murid

 Berita luar negara iaitu di Beijing China, seorang guru tadika dipecat dari berkhidmat sebagai guru di tadika itu kerana gambar guru tersebut yang sedang mengangkat muridnya dengan hanya memegang cuping telinga telah tersebar di internet. Ibu bapa di wilayah Zhejiang mendapat tahu setelah melihat foto ini terus membuat laporan ke jabatan pendidikan tempatan. Foto tersebut dimuat naik dalam rangkaian laman sosial Weibo.


Guru tadika tersebut, Yan Yanhong berumur 20 tahun kelihatan tersenyum didalam gambar tersebut ketika sedang mengangkat kanak-kanak itu. Walaupun kanak-kanak dalam kesakitan menjerit, Yan Yanhong masih boleh tersenyum. Ini menaikkan kemarahan kaum ibu di wilayah itu. Kesemua foto yang dimuat naik Yan Yanhong adalah melebihi 700 foto yang dirakam oleh guru yang lain.


 Banyak lagi foto-foto lain menunjukkan kanak-kanak di dera bermacam-macam cara dan kelihatan sangat menyedihkan. Seorang guru tidak perlu lakukan seperti ini jika kanak-kanak ini nakal, kerana tindakan ini kelihatan terlalu kejam. Setelah ditanya oleh media tempatan, kata Yan Yanhong, dia lakukan sebegitu hanya untuk berseronok dengan murid sahaja.Difahamkan sebuah akhbar tempatan melaporkan, “Pihak berwajib Tadika itu diarahkan agar menyingkirkan guru terbabit serta melaporkan perkara tersebut kepada pihak keselamatan awam tempatan.”

Siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa dalam kes ini mendapati Yanhong tidak layak untuk kerja sebagai guru tadika, tetapi hanya diambil bekerja sebab kekurangan tenaga pengajar disitu. Dilaporkan awal minggu ini ada lagi seorang guru yang bertindak kejam setelah rakaman yang menunjukkan guru terbabit sedang menampar murid perempuan yang berusia lima tahun sekali lagi mencetus kemarahan orang ramai.
sumber

Kedai Alat Seks Di Serbu Warga Emas Ditangkap


Kejadian yang berlaku di Kuala Lumpur Seorang lelaki tua diperingkat warga emas ditahan kerana melakukan kesalahan menjual peralatan dan ubat perangsang seks. Kejadian ini terbongkar apabila dia ditahan setelah serbuan dibuat di rumah kedai di Jalan Walter Grenier, Jalan Imbi.

Serbuan itu dilakukan pada pukul 11.55 pagi, hasil risikan dan penyamaran oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi (IPD), serbuan ini berjaya dilaksanakan. Lelaki warga emas itu berusia 71 tahun, dipercayai pemilik rumah tersebut.

Pelbagai barangan seks disimpan untuk dijual samada secara terus mahupun secara online. Barangan yang berjaya dirampas ialah alat kemaluan lelaki dan wanita yang menggunakan bateri dan manual, pelbagai jenis ubat perangsang seks berbagai jenama dan juga kondom.

 Setelah siasatan dibuat telah mendapati ubat-ubat perangsang seks tersebut tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia dan mungkin akan mendatangkan bahaya kepada pengguna yang memakan ubat perangsang seks tersebut.
sumber

Terpaksa Menyambut Hari Raya di Hospital Setelah Ditetak Perompak


 Kejadian yang berlaku di Sungai Petani di Kampung Simpang Empat Sedaka, sebuah keluarga terpaksa menyambut Hari Raya Aidiladha di hospital setelah dua orang ahli keluarganya ditetak perompak sehari sebelum itu.

Mangsanya adalah Azizan Hanafi, 63, dan seorang menantunya, Mohd. Fakhzan Nasir, 34. kini mereka masih dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).
Kata Azizan, kira-kira jam 5.30 pagi, dia berada di dalam bilik untuk mengambil ubat selepas habis bersahur bersama isteri, Mah Sulaiman, 62, anak, Shaukiah Hanim, 33, dan menantu, Mohd. Fakhzan.
“Tiba-tiba saya terdengar isteri menjerit dari dapur memberitahu ada penyamun.
“Saya bergegas masuk ke dapur sebelum bergelut dengan seorang lelaki bertopeng yang kemudian menetak belakang badan dan kepala saya menggunakan parang,” kata Azizan ketika ditemui di HSAH.

Menantunya Mohd. Fakhzan yang berada di luar rumah ketika itu cuba membantu tetapi turut ditetak penyamun tersebut.Penggelutan itu menyebabkan Azizan terpaksa menerima 50 jahitan kerana ditetak 3kali dikepala dan duakali dibelakang badan. Manakala menantunya Mohd Fakhzan pula ditetak di tapak tangan kanan dan atas kepala.

Kira-kira sudah 40 tahun mereka tinggal disitu dan ini adalah kali pertama rumah mereka dimasuki perompak.Kata Mohd. Fakhzan, dia keluar rumah melalui pintu dapur untuk ke bilik air yang berada diluar ketika kejadian itu berlaku. Katanya dia sudah nampak kelibat perompak itu diluar rumah sebelum masuk kebilik air tetapi dia menyangka itu adalah bapa mertuanya.
sumber

Tutti Frutti Bakal Menerima Pengiktirafan Sijil Halal JAKIM



Tutti Frutti bakal menerima pengiktirafan sijil serta logo halal yang disahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) secara berperingkat-peringkat kesemua rangkaian kafe froyo itu setelah menerima pengiktirafan awal pada 16 September lalu. Difahamkan Tutti Frutti merupakan kafe froyo pertama di Malaysia yang mendapat pengiktirafan sijil halal JAKIM.

“Di peringkat permulaan, pihak Jakim mengaudit kira-kira 36 rangkaian kami, namun kelulusan pertama diberikan kepada 10 cawangan terlebih dahulu. “Kami menjangkakan kelulusan baki 26 cawangan akan diperoleh akhir Oktober atau November nanti kerana jumlah keseluruhan rangkaian Tutti Frutti yang beroperasi di Malaysia adalah 107 buah. Kami akan memastikan baki 71 rangkaian lagi akan turut menerima pengiktirafan Jakim secepatnya, katanya.

Kata pengarah urusannya, pengguna tidak perlu risau dengan status halal Tutti Frutti ini kerana ia mendapat pengiktirafan halal daripada Islamic Services of America (ISA) sejak Tutti Frutti diperkenalkan tiga tahun lalu.
sumber

Friday, October 26, 2012

Pelajar Sekolah Agama Buang Bayi Dalam Sungai


Pelajar sekolah agama di Kangar didapati bersalah membuang bayi ke dalam sungai. Bayi yang dilahirkan cukup sifat itu dibuang oleh dua remaja lelaki 17tahun disekolah yang sama. Setelah siasatan dijalankan, dua remaja lelaki tersebut ditahan kerana disyaki membuang bayi yang dilahirkan pelajar perempuan sekolah agama itu.

Bayi perempuan tersebut dicampak kedalam Sungai Berembang di Kampung Behor Rotan Pahit dalam jam 9 malam. Kata seorang ketua polis Senior Asisten Komisioner Zull Aznam Harun, dua remaja lelaki yang merupakan suspek kes ini merupakan sepupu serta teman lelaki kepada pelajar perempuan sekolah agama itu. Ketiga-tiga mereka dikatakan berada di tingkatan lima sekolah yang sama.

“Komplot mereka terbongkar apabila ibu bayi tersebut memberitahu doktor yang merawatnya setelah pelajar perempuan itu mengalami komplikasi pendarahan setelah melahirkan bayi itu. Setelah tahu cerita itu, doktor berkenaan membuat laporan polis. Tindakan segera diambil oleh pihak polis sehingga tertangkapnya dua remaja sekolah agama yang disyaki itu.

Kisah yang lebih lanjut mengenai kes pelajar buang bayi dalam sungai ini belum diketahui secara terperinci, samada pelajar perempuan sekolah agama itu mengandung kerana melakukan hubungan dengan teman lelakinya, pelajar perempuan ini kena rogol ataupun ada masalah dan sebab lain yang membawa kepada pembuangan bayi tersebut.

Dimana sahaja kita dengar kes buang bayi dikalangan remaja sekolah zaman sekarang. Kes budak sekolah buang bayi sangat popular sehingga tersebar luas dalam media-media tempatan hampir setiap minggu. Kes rogol pelajar perempuan juga berleluasa dan sukar dibendung. Kes guru rogol pelajar, pelajar perempuan lari rumah ikut teman lelaki, kes pasangan kena tangkap khalwat dan macam-macam lagi masalah sosial yang semakin meruncing.

sumber

Wednesday, October 24, 2012

Seorang Ibu Muda Maut Bersalin Sendirian


Kejadian yang berlaku di Kulim. Seorang wanita yang dikatakan sarat hamil meninggal dunia selepas melahirkan anak bersendirian dalam rumah. Jiran yang mencurigai sesuatu cuba kerumah mangsa kerana mangsa dikatakan tidak keluar rumah untuk mengambil anaknya disekolah.

Ibu muda tersebut dikenali sebagai Shaniza Idris, 27, ditemui oleh jirannya pada pukul 2.30 petang.
Shaniza meninggal dunia dikatakan kerana uri yang tidak keluar sepenuhnya ketika bersalin menyebabkan berlaku pendarahan yang sangat kritikal.

Nasib malang menimpa ibu muda ini setelah ditemui mati ketika bersalin sendirian tanpa ditemani sesiapa. Berlumuran darah disekitar mayat yang dalam keadaan tertiarap dalam bilik utama manakala mayat bayinya pula ditemui berada didalam bilik air.

Suami mangsa bekerja sebagai anggota polis di Balai Polis Kulim, Konstabel Asmadi berumur 28 pada masa itu sedang berkursus sejak dua minggu lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan di Nibong Tebal. Mereka dikurniakan 3 orang anak antaranya Mohd. Danial, 7; Mohd. Dani, 4, serta yang bongsu Puteri Dayana, 1.

sumber

Gempar, Amy Search Tutup Restoran Cheng Ho Miliknya



Berita gempar, Restoran Cheng Ho Amy Search akhirnya terpaksa ditutup kerana masalah tertentu yang tidak dapat dielakkan. Walaupun Restoran Cheng Ho milik penyanyi terkenal ini sudah empat tahun beroperasi di Wangsa Maju, tetapi terpaksa ditutup mulai semalam.

Kata Amy, restorannya itu terpaksa ditutup kerana orang yang diberi tanggungjawab pada suatu masa dahulu menghadapi masalah.

"Apa pun, saya tetap sedih kerana perniagaan ini sudah lama dijalankan tetapi akhirnya terpaksa ditutup,"

Amy memulakan perniagaan tersebut sejak empat tahun lalu dan berasa amat kecewa kerana restorannya itu akhirnya terpaksa ditutup. Pada Jun lalu dia menyerahkan kepada seseorang untuk menguruskan perniagaan Restoran yang terkenal dengan masakan ala Cina itu.

Kata Amy, dia bernasib baik kerana mempatenkan nama restoran sebagai Restoran Cheng Ho. Namun begitu, walaupun restorannya terpaksa ditutup, dia tidak membenarkan pihak lain menggunakan nama tersebut.

sumber

Lelaki Mati Lemas Kehabisan Gas Ketika Menyelam


Lagi kejadian yang berlaku di Alor Setar.  Seorang lelaki yang bekerja sebagai juruteknik Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK) mati lemas ketika menyelam di perairan Pulau Perak, berhampiran Pulau Langkawi manakala seorang rakannya dalam keadaan kritikal.
   
Antara mangsa yang terlibat, Rosli Mohammad Isa, 32, dan rakannya Haris Abdullah, 44, menyelam pada pukul 10 pagi. Tetapi hanya Rosli yang bernasib kurang baik kerana tangkinya kehabisan gas.
  
Setelah naik ke bot, Haris terjun semula setelah menyedari Rosli masih didalam sana dan tidak naik ke permukaan.
  
Walaupun Haris berjaya mendapatkan Rosli sehingga ke permukaan, tetapi segalanya sia-sia kerana Rosli sudah tidak bernafas. Haris yang timbul mengejut ke permukaan air menyebabkan dia sesak nafas dan dalam keadaan kritikal. Rakannya yang sedang memancing atas bot terus membuat laporan kepada pihak berkuasa.
  
Mayat Rosli dibawa oleh sebuah bot Tentera Laut Diraja Malaysia[TLDM] ke Jeti Kuala Kedah dekat sini manakala rakannya Haris dibawa ke Hospital Langkawi untuk mendapatkan rawatan lanjut.
    
Mangsa dikatakan meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak yang yang masih kecil. Mayat Rosli yang tiba di Jeti Kuala Kedah lebih kurang pukul 6.30 petang terus dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah.
sumber

Isteri Salman Ditangkap Khalwat


Seorang kontraktor teramat kecewa apabila terdengar isteri tersayang bergelak ketawa dengan lelaki lain di dalam bilik tidur dikediaman mereka di sebuah pangsapuri Ayer Keroh, lewat malam pada ahad lalu.
Setelah tidak lagi dapat menahan dengan isteri curang, lelaki berusia 36 tahun itu meyakinkan diri ke pejabat Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) untuk memberitahu hal itu.

Kata suaminya ini,ini adalah kali kedua dia dipermainkan isterinya setelah kali pertama berlaku setahun lalu bersama lelaki lain. Dia terpaksa memohon perkhidmatan JAIM untuk mengambil tindakan isterinya yang curang ini. Lelaki yang dikenali sebagai Salman berkata, dia pulang kerumah untuk mengambil pengecas telefon. Tetapi bila tiba dirumah, dia terdengar suara lain yang sedang bergelak ketawa.Setelah yakin itu adalah suara isterinya bersama lelaki lain, dia kemudiannya membuat laporan kepada JAIM pada pukul 3 pagi.

Katanya lagi, isterinya pernah ditangkap khalwat sebelum ini tetapi dia memberi peluang kepada isterinya untuk berubah. Tapi untuk kali ini, dia tidak mampu bersabar lagi dengan sikap isterinya yang berlaku curang itu. Salman dan isterinya tidak mempunyai anak semenjak berkahwin sudah empat tahun lalu.Katanya lagi,ini adalah perkahwinan keduanya setelah isteri pertamanya meninggal dunia akibat penyakit barah dan mempunyai empat orang anak yang kini tinggal bersama ibunya di Bukit Piatu.

Salman redha atas apa yang menimpa dirinya tanpa menyalahkan sesiapa.

sumber

Friday, October 19, 2012

Mahathir Bukan Punca Melayu Berpecah


Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan dakwaan yang mengatakan tindakannya memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada kerajaan pada September 1998 yang dikatakan menjadi punca kepada perpecahan di kalangan orang Melayu.Sebaliknya kata Tun Dr Mahathir, perpecahan orang Melayu di negara ini sudah pun berlaku sejak dulu lagi sebelum Anwar dipecat dari Kabinet dan Umno iaitu apabila tokoh negarawan, Allahyarham Datuk Onn Jaafar mencadangkan supaya orang bukan Melayu juga boleh menyertai Umno.

Walaubagaimanapun, cadangan Onn telah ditolak dan menyebabkan Allahyarham menubuhkan parti lain ketika itu.Turut berlaku apabila penubuhan Malayan Union oleh British dan kesannya telah mencetuskan pelbagai konflik dalaman Umno termasuk wujud golongan ulama daripada Umno yang kemudiannya mengambil keputusan untuk menubuhkan parti lain[Pas].

Katanya lagi, tindakan Tengku Razaleigh Hamzah tubuhkan  Parti Melayu Semangat 46 (S46), yang telah dibubarkan pertengahan 1990-an, juga turut membuktikan dari dulu lagi telah berlaku perpecahan dikalangan orang Melayu. “Jadi, nak kata kerana saya pecat Anwar (penyebab mula berlaku perpecahan orang Melayu) tak benar lah,” katanya.
sumber

Maut Sebuah Rumah Banglo Runtuh Di Shah Alam



Kejadian yang menimpa pekerja warga indonesia berlaku di seksyen 7 Shah alam. Sebuah banglo yang sedang dijalankan pengubahsuaian tiba-tiba runtuh. Kira-kira enam orang pekerja indonesia yang menjadi mangsa runtuhan banglo semasa pengubahsuaian banglo itu.

Difahamkan pekerja yang patah kaki kanan, dikenali sebagai Ghadami, telah meninggal dunia pagi tadi ketika mendapat rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.
sumber

Thursday, October 18, 2012

Persatuan Bola Sepak Kelantan Didenda RM40,000



Berkait dengan kesalahan penyokong Kelantan yang membaling botol kedalam padang, persatuan Bola Sepak Kelantan(KAFA) didenda RM40,000 oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia(FAM).

Datuk Taufik Abdul Razakyang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM mengatakan kesalahan ini dilakukan oleh penyokong Kelantan ketika perlawanan menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) baru-baru ini.Kedua-dua pasukan ini berjaya ke Perlawanan Akhir Piala Malaysia dan akan bertemu pada sabtu ini di Stadium Shah Alam.

Tindakan ganas segelintir penyokong pasukan kelantan yang bertindak membaling botol air kedalam padang ketika perlawanan sedang berlangsung sehingga perlawanan terpaksa dihentikan beberapa minit itu telah menaikkan kemarahan FAM.

Kata Datuk Taufik lagi, hukuman denda RM40,000 yang dikenakan keatas Persatuan Bola Sepak Kelantan(KAFA) tidak dibenarkan membuat rayuan. Katanya lagi, Kelantan ada menghantar Borang B (tidak mengaku bersalah) tetapi tidak diterima FAM kerana telah lewat 2 hari dari tarikh akhir bantahan.

Bukan sahaja KAFA, Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa),  dan Persatuan Bola Sepak Sarawak turut menerima nasib yang sama iaitu denda atas kesalahan penonton.

"Pafa dikenakan hukuman denda berjumlah RM10,000 atas kesalahan penonton membakar roket sejurus nyanyian lagu Negaraku, membaling botol air ke atas penolong pengadil dan ke dalam padang.

“PBSNT pula  didenda sejumlah RM10,000 kerana tindakan penyokong membaling botol di atas padang,” katanya sambil menambah:

"Manakala PBNS didenda sebanyak RM5,000 atas kesalahan membaling sos cili ke atas padang dan juga penolong pengadil.

"Sarawak pula didenda 1,000 atas kesalahan menggunakan mercun," katanya lagi.
sumber

Tuesday, October 16, 2012

Masalah Untuk Mendapatkan Zuriat?


Jus Delima adalah produk keluaran Giffarine yang berpusat di Thailand dan telah mendapat sijil Halal yang diiktiraf JAKIM.semakin meluas pasarannya. Pelbagai produk lain yang dihasilkan, tetapi untuk masalah ini saya memperkenalkan dua produk yang mempunyai fungsi dalam membantu pasangan suami isteri untuk mendapatkan cahaya mata. 

Bukti Syarikat Giffarine yang mendapat sambutan dan semakin meluas.



Jus Delima mempunyai banyak khasiat, bukan sahaja untuk membantu mendapatkan zuriat tetapi untuk pelbagai penyakit seperti Diabetes, Darah Tinggi, Stroke dan macam-macam penyakit lagi. Untuk masalah mendapatkan zuriat bagi wanita atau ibu-ibu, Jus Delima boleh membantu. Tetapi jika masalah untuk mendapatkan zuriat datangnya dari pihak lelaki atau suami, insyaallah Jus Goji mampu masalah ini.



Masalah sukar mendapatkan anak yang datangnya dari pihak lelaki antara masalah utamanya adalah jumlah sperma dalam kandungan air mani berkurangan. Dengan ini pengambilan Jus Goji berfungsi meningkatkan sperma lelaki. Bukan itu sahaja, ia juga mampu meningkatkan tahap fizikal dan kognitif dan fungsi sesksual lelaki terutamanya.

Tidak salah untuk berusaha mencuba, Insyaallah pengambilan pemakanan kesihatan seperti ini mampu membantu masalah yang anda hadapi.
Sebarang pertanyaan berkenaan harga, cara pembayaran dan cara penggunaan, sila imelkan ke newzmicro@gmail.com. @ tinggalkan pesan di ruangan komen dibawah.

sumber berharga dari http://giffarine-dihatiku.blogspot.com/ dan http://www.giffarinemalaysia.com

Monday, October 15, 2012

Hans Isaac Serius Menjalinkan Hubungan Dengan Neelofa



Gosip-gosip terkini yang mengatakan artis terkenal Hans Isaac yang kini makin serius menjalinkan hubungan dengan pelakon muda Neelofa mungkin juga benar. Ini kerana Hans Isaac telah mengakui hubungannya dengan pelakon Neelofa adalah serius tetapi sengaja mendedahkan kisah tersebut kerana katanya dia sudah serik dengan kegagalan hubungan cintanya sebelum ini.
Katanya dia sudah banyak berkongsi kisah cintanya bersama media-media dan peminat, tetapi kini sudah tiba masanya dia menyimpan kisah peribadinya. Demi kebaikan semua pihak Hans Isaac kini lebih selesa menyimpan kisah peribadinya kali ini dan tidak ingin bercerita dengan lebih lanjut berkenaan hubungannya dengan pelakon yang semakin mendapat sambutan itu.
Kata Hans Isaac lagi, dia sudah serik kerana terlalu banyak sudah berkongsi cerita hubungan cinta dengan kekasih-kekasih dulu tetapi akhirnya dia juga yang dipertikaikan.
sumber

Download mp3 Muara hati Hafiz dan Dato Siti Nurhaliza



Lagu Muara Hati nyanyian Hafiz dan Dato Siti Nurhaliza sememangnya sangat menyentuh kalbu. Disini bukusemasa telah menyediakan link download mp3 lagu Muara Hati dan juga lirik.



Lirik Muara Hati 


Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati kan tetap setia

Ku percaya kemana pun kau berjalan
Suara cinta menuntunmu kepadaku
Kerna bila cinta sudah bersemadi
Takkan terpisah hati

Korus:
Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali padamu

Hoo uuu..

Aku ada kerna kau ada
Dan cinta hatiku hanyalah untukmu

Jalanku tertuju padamu
Kemana pun kan pasti kembali

[Ulang Korus]

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk
Bersatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk (merasuk dalam hati)
Cinta..

Sunday, October 14, 2012

Bayaran Gangnam Style PSY Mencecah RM2 Juta


Oppa Gangnam Style merupakan satu fenomena masa kini yang dinyanyikan oleh penyanyi Korea PSY. Ura-ura yang mengatakan penganjur salah sebuah karnival ingin membawa PSY ke Malaysia untuk memeriahkan lagi karnival tersebut. 
Dikatakan mengikut laporan sebuah portal online, bayaran Gangnam Style PSY mencecah RM2 Juta. Jika PSY benar-benar dibawa ke Malaysia berkemungkinan penggiat seni tanah air kita tidak akan senang duduk.

Penyokong Kelantan Meninggal Dunia



Seorang penyokong pasukan Kelantan telah meninggal dunia ketika sedang menyaksikan perlawanan bolasepak separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Shah Alam. Beliau tidak sedarkan diri kira-kira 20 minit sebelum perlawanan berakhir.
Che Mat Yacob Sulaiman iaitu salah seorang rakannya terkejut apabila Suharto seperti mahu jatuh daripada tempat duduk ketika semua penyokong bangun bersorak. Dengan bantuan orang ramai, Suharto digegaskan ke KPJ Shah Alam, tetapi dia telah meninggal dunia dalam perjalanan kesana.
Menurut kata rakannya itu, Suharto tidak menunjukkan sebarang perubahan samada sakit atau lenguh-lenguh ketika perlawanan berlangsung tetapi dengan tiba-tiba dia jatuh dan tidak sedarkan diri.Jenazah Suharto telah dibawa pulang ke kampung halamannya di Kampung Tanjung Mas. Jenazah dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Lubuk Kawah, Pasir Mas, Kelantan.
sumber

Friday, October 12, 2012

Gosip Cinta Nabila Huda dan Johan Asari


Isu gosip artis terkenal Nabila Huda dan Johan Asari sebenarnya sudah lama dihebahkan. Mereka yang dikatakan sedang bercinta dan semakin hangat sehingga dikatakan sudah menemui keluarga pihak Johan sebenarnya tidak benar kata Nabila.Juga isu yang mengatakan hubungan mereka sudah putus juga tidak benar kerana kata Nabila, mereka tidak pernah bercinta.
Mereka dikatakan mula berkawan rapat ketika digandingkan bersama sebagai pasangan suami isteri dalam drama bersiri Pelangi Kasih dalam slot Samarinda TV3. Kata Nabila lagi, dia sudah lama tidak bertemu johan dan dakwaan mengatakan hubungan mereka mendapat tentangan dari pihak keluarga Johan tidak benar sama sekali.
sumber

ATM Berjaya Mara ke Final Menewaskan Lions XII


Angkatan tentera malaysia ATM telah berjaya mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia setelah menewaskan Lions XII menerusi sepakan penalti setelah mereka terikat agreget 2-2 pada perlawanan yang berlangsung semalam. Kini ATM akan menunggu lawan mereka samada juara bertahan Kelantan ataupun Selangor.
Perlawanan Akhir Piala malaysia yang ditunggu-tunggu bakal tiba,siapakah yang layak bergelar juara? Sama-sama lah kita tunggu.
sumber

Sunday, October 07, 2012

Buku Semasa

Buku semasa adalah sebuah blog yang dicipta untuk menceritakan isu-isu semasa, isu sensasi, hiburan dan bermacam-macam lagi. Diharap anda sebagai pembaca memberi sokongan dalam penulisan yang disajikan. sekian.