Sunday, December 30, 2012

Cun Giler, Steph Micayle, Cover Akustik Gangnam Style, Lebih 4juta view


Kehadiran PSY membawa Gangnam Style telah menggegar satu dunia. Hanya dalam masa beberapa bulan sahaja video Gangnam Style ke udara di laman youtube, catatan view sudah melebihi 200juta. Dan kini sudah mencecah billion penonton di youtube. Sangat menakjubkan, tarian kuda yang dibawa itu benar-benar memukau hinggakan ramai juga artis-artis lain yang cuba mempertontonkan gaya itu.

Cover dan parody juga semakin banyak di laman youtube. Seperti video dari gadis comel ini Steph Micayle, mempamirkan bakat beliau  sebagai cover akustik lagu Gangnam Style. Video yang dimuat naik Steph Micayle telah mendapat view sehigga melebihi 4juta di laman youtube. Juga disiarkan dalam sebuah media berita di China.

Video dari Steph Micayle, Cover Akustik Gangnam Style

Latihan Askar Taiwan, Adakah Setanding dengan Latihan Tentera Malaysia ?

 Sebelum itu, aku nak tanya siapa pernah tengok latihan askar-askar malaysia? Bagi aku, askar malaysia lebih terbaik. Aku pernah tengok sebuah video kajian dari luar berkenaan keperitan latihan komando malaysia. Mengikut kajian itu, latihan untuk menjadi komando di Malaysia antara yang terbaik.

Latihan mereka sangat perit, sehingga ramai yang terkandas dan perlu dikejarkan ke hospital. Latihan mereka sejauh ratusan kilometer dan hanya mereka yang betul-betul mempunyai mental dan fizikal yang kuat serta semangat perjuangan yang tinggi sahaja mampu menamatkan latihan itu dan sekali gus menjadi komando.

Ada yang menyiarkan kedalam media berkenaan kekerasan melampau dalam latihan tentera malaysia serta menyalahkan mereka berbuat demikian. Pada pandangan aku sendiri, kerana cara itu lah negara kita sehingga kini masih dalam keadaan selamat dan bebas dari ancaman luar. Musuh akan takut dengan kekuatan Angkatan Tentera Malaysia yang memiliki sifat perjuangan yang tinggi.

Kekerasan itu sebenarnya sangat perlu bagi menjamin keselamatan dan menjaga rahsia negara. Bayangkan, jika askar malaysia ditawan dan dipaksa untuk mendedahkan rahsia negara, apa yang akan berlaku? tawanan biasanya akan disiksa dengan kejam, jika latihan dalam bentuk kekerasan tidak dilaksanakan, apa yang akan terjadi dengan nasib rakyat dan negara?

Berikut beberapa gambar yang menunjukkan latihan askar di Taiwan.














via:piximus

Design Kreatif Helmet yang Luar Biasa

 
Design helmet yang tak pernah aku jumpa kat malaysia. Memang kreatif yang luar biasa. Helmet macam ni memang sesuai lah dengan mat-mat rempit malaysia.



Yang ni plak kalo kat malaysia guna tembikai terus.hahha











via:uphaa

Saturday, December 29, 2012

Keberanian Ahed Tamimi, Gadis Palestin 13 tahun berhadapan Askar Israel yang telah Menangkap Abangnya


Seorang gadis yang baru berusia 13 tahun, memiliki sifat keberanian yang amat tinggi. Daripada sumber yang saya sendiri tidak berapa tahu kesahihannya. Ahed Tamimi, anak palestin dengan berani mengancam askar israel yang dikatakan telah menangkap abangnya. Ahed Tamimi dijemput ke Turki oleh Perbandaran BaÅŸakÅŸehir sebagai tetamu kehormat.

Inilah keberanian yang sebenar ditunjukkan seorang anak palestin, tanpa rasa takut apabila telah berhadapan dengan askar israel. Sifat keberanian yang ditunjukkan telah menarik perhatian ramai sehingga dijemput sebagai tetamu kehormat di Turki.

Video Keberanian Ahed Tamimi vs Askar Israel


Aku tidak tahu sangat cerita sebenarnya, dan ini mengikut kefahaman aku melalui sumber yang aku dapat. Jadikan ini sebagai suatu semangat kepada kita semua dalam menghadapi ancaman dari musuh-musuh islam.

Ini pula video Ahed Tamimi yang dijemput khas sebagai tetamu istimewa oleh sebuah media di Turki.


 Share2

youtube

Lesen Memandu Michael Jackson pada 80-an dan 2005

 Siapa yang tidak kenal dengan Raja Pop Michael Jackson, yang meninggal dunia baru-baru ini selepas dirinya bergelar seorang muslim. Bukan sahaja terkenal dengan nyanyian tetapi Michael Jackson juga terkenal dengan pembedahan plastik pada wajah. Menurut salah satu sumber, Michael bertindak membuat pembedahan plastik keatas wajahnya untuk menyatukan perbalahan antara orang kulit hitam dengan yang berkulit putih. 

Pembedahan plastik yang dilakukan telah mengubah hampir keseluruhan wajah yang pada asalnya berkulit gelap menjadi cerah dan amat ketara sekali wajahnya yang dulu dan terkini. Berikut adalah lesen memandu Michael Jackson yang mana terpapar gambar wajahnya pada 80-an dahulu dan gambar pada 2005 pada lesen itu.
credit:piximus

Fakta yang Harus Anda Tahu Tentang Kiamat Menurut Rasulullah

 sumber:fotohiasan
Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. Ingat lima perkara sebelum lima perkara :

Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati
sumber :ilusi-fantasidunia

Sesuatu yang anda perlu tahu tentang hari kiamat menurut Rasulullah SAW. 

Rasulullah SAW sudah menyatakan dalam haditsnya bahwa kelak matahari akan terbit dari Barat sebagai bukti keagungan Allah SWT dan ciri-ciri kiamat sudah semakin dekat: ““Tidak akan terjadi kiamat sehingga matahari terbit dari tempat terbenamnya, apabila ia telah terbit dari barat dan semua manusia melihat hal itu maka semua mereka akan beriman, dan itulah waktu yang tidak ada gunanya iman seseorang yang belum pernah beriman sebelum itu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah. Dan riwayat Ahmad, Abu Dawud dan Ibn Majah).
Matahari terbit dari Barat akan terjadi selama satu hari saja, kemudian tertutuplah pintu taubat. Setelah itu, gerakan matahari pun akan kembali seperti sebelumnya terbit dari timur sampai terjadinya kiamat.
Benar menurut kajian NASA berkenaan Matahari akan terbit dari barat.

Dari Ibn ‘Abbas, “Maka Ubai bin Ka’ab berkata: “Maka bagaimana jadinya matahari dan manusia setelah itu?” Rasulullah menjawab: “Matahari akan tetap menyinarkan cahayanya dan akan terbit sebagaimana terbit sebelumnya, dan orang-orang akan menghadapi (tugas-tugas) dunia mereka, apabila kuda seorang laki-laki melahirkan anaknya, maka ia tidak akan dapat menunggang kuda tersebut sampai terjadinya kiamat.” (Fathul Baari, Kitaburriqaq, Juz 11, Thulu’issyamsi Min Maghribiha).
sumber:salafytobat

Insyaallah, Infomasi Ini Akan Membantu Anda Atasi Masalah Kewangan


Pasti kita semua pernah mendengar tentang perniagaan internet bukan? Dan pasti kita juga pernah melihat, ramai di antara usahawan-usahawan internet yang telah berjaya bahkan ada di antaranya merupakan rakan-rakan di sekeliling kita. Ada yang menjalankan perniagaan di blog-blog, laman web, dan lebih banyak sekarang yang menjalankan perniagaan di Facebook.

Satu laman sosial yang bukan sahaja boleh mencari atau menambahkan kenalan, menyebarkan dakwah tapi dalam masa yang sama boleh mencari duit tambahan atau tidak salah kalau saya katakan sebagai medium sumber pendapatan.

Di Malaysia sahaja, sudah ramai usahawan-usahawan intenet yang berjaya ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Salah satunya adalah seorang usahawan muda dari UPM iaitu Encik Ammar Zahar. Beliau yang dulunya tidak tahu apa-apa tentang perniagaan, kini telah memiliki sebuah syarikat perniagaan internet miliknya sendiri. Sungguh hebat bukan?

Dan beliau juga sudah menerbitkan buku-buku beliau sendiri iaitu Empayar Perniagaan Internet dan terkini Blueprint Kejayaan. Bagi yang sudah mengenali beliau dan membaca penulisan beliau dalam buku Empayar Perniagaan Internet, pasti sedikit sebanyak sudah tahu tentang bagaimana membina aset terbesar dalam perniagaan internet, formula-formula berjaya, strategi mendapat keuntungan dalam masa yang singkat dan banyak lagi.

Kini beliau sudah menerbitkan sebuah lagi buku beliau iaitu Blueprint Kejayaan yang mana menyentuh tentang bagaimana seseorang remaja jalanan yang hidup dalam kemiskinan mampu menjadi seorang usahawan yang berjaya.

Dalam buku Blueprint Kejayaan, beliau  banyak menceritakan tentang liku-liku hidup beliau dalam mencapai kejayaan.

Buku tersebut juga banyak mengupas tentang, bagaimana kita menguasai minda supaya kita boleh fokus terhadap sesuatu kerja. Sungguh menarik bukan? Selain dari itu, beliau juga ada menyentuh tentang bagaimana memilih impian dan mendapatkannya, juga merangkumi bagaimana kita boleh atasi masalah ‘info overload’ dan menguruskan masa dengan efektif.

Semuanya sangat bermanfaat bagi mereka yang ingin memulakan perniagaan. Kerana dari buku ini, kita bukan sahaja belajar bagaimana untuk meningkatkan produktiviti untuk berjaya, malah turut memberitahu cara-cara mendapatkan apa yang kita mahukan seiring dengan waktu yang kita inginkan.

Jadi, bagi yang ingin menceburi perniagaan internet, saya cadangkan dapatkan buku Blueprint Kejayaan kerana buku tersebut mengandungi pelbagai informasi berguna kepada kita semua. KLIK SINI

Friday, December 28, 2012

Isteri Ketagih 'Main' Dengan Lelaki Lain Kerana Suami Mati Pucuk

 hiasan via
Pelbagai masalah yang menyebabkan perpecahan rumahtangga berlaku. Sekarang ini tengah hangat isu isteri yang ketagih main dengan lelaki lain kerana suami mati pucuk. Inilah soalan yang diajukan kepada Ustaz Azhar Idrus dalam ceramah beliau kira-kira beberapa minggu yang lalu. 

Pada saya mungkin soalan seperti ini tidak patut diajukan jika hanya untuk mengetahui hukumnya, kerana kita sendiri sudah tahu bahawa ianya adalah haram dan berdosa besar. Walaubagaimanapun, ada dikalangan mereka yang mungkin keliru dan bertindak untuk bertanya kepada yang lebih tahu. Setidak-tidaknya akan menyedarkan pesalah yang pernah melakukan hal demikian.

Video youtube Ustaz Azhar Idrus

Hidangan Kejam, Tenggiling Rebus


Makanan yang pelik-pelik biasanya dari China. Kali ini aku ada jumpa satu website yang berbahasa Chinese, menyiarkan gambar-gambar ini. Bukan sahaja kucing, anjing, tapi bermacam-macam lagi makanan pelik masyarakat di China. Kali ini aku tak pasti masyarakat negara mana, tenggiling yang juga dijadikan hidangan. Berikut beberapa gambar hidangan kejam masyarakat pelik, tenggiling rebus..hehe







Gambar Ilusi Kreatif yang Mengejutkan Terbaik 2012

 

Gambar ilusi kreatif, 3D dihasilkan oleh pelukis profesional. Lukisan kreatif 3D sangat menakjubkan, bukan sahaja diatas kertas tetapi juga di kaki lima dan atas jalan. Mereka mampu mencipta idea yang sangat unik menghasilkan lukisan supaya betul-betul realistik. Berikut 10 gambar ilusi kreatif yang sangat mengejutkan dan pada saya ianya terbaik 2012.










via:piximus